Pages

Rainbow Viewer

Tuesday, 16 May 2017

Separuh jiwaku pergi

15.5.2017 hari yg sgt2 meruntun hati ini. Hanya Allah je yg tahu betapa hancurnya hatiku lepas baca apa yg si dia whatsapp. Sungguh terkejut. Semalaman aku tertanya2, di mana salah ku, di mana silapnya sampai begitu sekali dia putuskan segalanya. Aku tak dapat membidas kata2nya, cukuplah sekadar linangan airmata yg mengalir di pipi ketika membaca permintaan dia berulangkali.

Apa salah blog tu sampai perlu dibuang? Selama 9tahun aku hidup bertemankan blog tu. Setiap saat, setiap minit, setiap hari, setiap masa aku bukak blog tu. Dialah peneman hari2 ku. Blog tu jugak la yg bagi aku semangat utk terus jalani kehidupan ku sehari-hari. Aku mmg tak dapat memiliki dia tapi cukup la aku miliki semua kenangan bersamanya.

Aku tak tau mcm mana nk mulakan hari2 ku yg mendatang. Sebak rasanya bila setiap hari aku tetap cuba utk masuk blog tu tp notification yg sama aku terima. Sedihnya ya Allah.

Tak cukup dgn itu, dia block aku dr whatsapp dia. Ya Allah. Apa dosaku kepadanya. Kalau dia tahu, hari2 hanya dgn melihat "last seen" dia sudah cukup utk aku tahu bahawa dia baik2 saja. Tidak ada sedikit harapan pon yg aku taruhkan tapi tak tahu kenapa dia berubah sebegitu rupa.

Kalau ini yg dpt membahagiakan dia, aku redha.  Aku perlu kuat utk menghadapi hari2 yg mendatang. Ya Allah, kuatkanlah aku kerana hanya Engkau yg tahu apa yg aku lalui selama ini.

Sesungguhnya, apa yg pasti, separuh jiwaku telah pergi..........